Sunday, December 2, 2018

MAKSUD PENGURUSAN PEMBELAJARAN

MAKSUD PENGURUSAN
·      Harold Koontz (1972)
mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja diadakan.

·      Mary Parker Follet (1995)
seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.

·      Robbins (1984)
Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat.

·      Perspektif Islam
pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.

MAKSUD PEMBELAJARAN
Pembelajaran  adalah merujuk kepada perubahan dalam tingkahlaku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu  situasi yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi tersebut

·      Bower dan Hilgard (1981)
pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku secara kekal.  Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang boleh diperlihatkan.

·      Fryetal (2003)
Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu pengalaman pendidikan.

mentakrifkan ‘pembelajaran’ melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku yang diperlihatkan oleh seseorang.

Pembelajaran merangkumi perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman tertentu atau ulangan pengalaman. 


DEFINISI PENGURUSAN PEMBELAJARAN

Proses merancang pengajaran dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang dirancang (Nurlia Mohamad, 2012)

No comments:

Post a Comment

KAJIAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN

Kajian ini telah dibuat oleh kumpulan saya mengenai salah satu tajuk dari subjek Pengurusan Pembelajaran ini iaitu Organisasi dan Kepimpinan...