Kajian ini telah dibuat oleh kumpulan saya mengenai salah satu tajuk dari subjek Pengurusan Pembelajaran ini iaitu Organisasi dan Kepimpinan
Friday, December 7, 2018
sumber Youtube
Disini terdapat beberapa yang boleh kita lihat menggunakan
sistem pengurusan pembelajaran:
FINLAND
JAPAN
KOREA
SINGAPORE
Monday, December 3, 2018
MODEL PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Model
Robert Glazer
Robert Glaser mengemukakan model pengajarannya dengan
membahagikan proses pengajaran kepada empat komponen utama iaitu objektif
pengajaran, pengetahuan sedia ada pelajar, kaedah mengajar dan penilaian.
Beliau juga menekankan maklum balas pelajar sebagai aspek penting dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Menurut beliau, objektif pengajaran harus
ditentukan sesuai dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Kemudian, kaedah
mengajar harus dipilih berdasarkan objektif pengajaran dan pengetahuan sedia
ada pelajar. Seterusnya, penilaian harus dijalankan ke atas segala proses
pengajaran dengan tujuan untuk mengesan kelemahan, agar guru dapat mengubahsuai
proses pengajarannya, demi meningkatkan keberkesanan pengajaran pada masa hadapan.
Kesimpulannya, Model Pengajaran Robert Glaser dibina berlandaskan konsep
pengajaran sebagai suatu proses yang menitikberatkan langkah-langkah pengajaran
iaitu perancangan, pelaksanaan, penilaian dan maklum balas.
Model
Sim
Model Pengajaran Sim pula menjelaskan bahawa proses
pengajaran yang berlaku adalah melalui interaksi di antara beberapa unsur iaitu
guru, murid, isi pelajaran dan juga objektif. Model ini dibina berlandaskan
konsep pengajaran sebagai bidang komunikasi, iaitu interaksi di antara guru dan
murid dengan objektif dan isi pelajaran dalam suatu persekitaran tertentu.
Berdasarkan model ini, objektif pelajaran harus ditentukan secara explisit dan
mengikut kebolehan muridmurid. Apa yang membezakan model ini dengan Model
Glaser ialah Model Sim menekankan perhubungan yang baik antara guru dengan
murid supaya menimbulkan interaksi yang sihat dan suasana pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan. Model ini juga memberi penekanan kepada unsur-unsur
persekitaran seperti keadaan bilik darjah yang kondusif sesuai dengan keadaan
sosio-ekonomi dan budaya pelajar. Kesimpulannya, dengan
pertimbangan-pertimbangan tersebut, interaksi di antara guru, pelajar,
objektif, isi pelajaran dan persekitaran dapat diwujudkan dengan berkesan.
Seterusnya, keberkesanan proses pengajaran akan dapat dicapai ke tahap optimum.
Model
Taba
Model Pengajaran Taba pula menekankan penyusunan bahanbahan
pengajaran dalam suatu sistem yang sesuai yang dapat meningkatkan kemahiran
berfikir pelajar. Penyusunan maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
adalah diutamakan dalam model ini. Model ini menerangkan bahawa seseorang
pelajar melakukan operasi kognitif ke atas bahan pengajaran atau pemilihan
sesuatu konsep haruslah dilakukan melalui empat peringkat seperti berikut;
menyusun data atau fakta dengan memerhati ciri-ciri persamaan dan perbezaan,
menggolong dan mengelas fakta-fakta menjadi kategori dan memberi label
kepadanya, membuat generalisasi atau kesimpulan atas hubungan-hubungan antara
kategori-kategori itu, dan mengaplikasi generalisasi yang diperolehi.
Rumusannya, dengan merujuk kepada model ini, guru dapat merancang pengajaran
dengan membahagikan topik kepada generalisasi, konsep dan fakta-fakta yang
berguna untuk menentukan kaedah pengajaran yang sesuai.
Model
Latihan Terus
Model Arahan Terus pula merupakan satu model pengajaran
yang bertujuan untuk membantu pelajar mempelajari ilmu pengetahuan atau
kemahiran asas yang boleh diajar dengan cara langkah demi langkah. Model ini
juga dikenali sebagai ‘Model Latihan’ dan ‘Model Pengajaran Aktif’. Model ini
dibentuk khas untuk merangsang pembelajaran pelajar berkaitan pengetahuan
berprosedur (procedural knowledge) yang memerlukan sama ada kemahiran asas atau
komprensif dan juga berkaitan ilmu pengetahuan yang memerlukan pengajaran
langkah demi langkah. Model ini menekankan aspek pemerhatian pelajar terhadap
apa yang ditunjukkan oleh guru sebelum pelajar melakukannya semula.
Model
Inkuiri
Model Inkuiri pula merangkumi segala proses soal selidik
untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan daripada soalan, atau daripada
masalah yang dikemukakan. Aktiviti soal selidik ini memerlukan pelajar mengenal
pasti soalan bermasalah, membentuk hipotesis, merancang aktiviti kajian,
manjalankan kajian atau siasatan dan seterusnya mendapatkan jawapan dan membuat
rumusan. Dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terdapat dua jenis teknik
inkuiri iaitu ‘inkuiri terbimbing’ dan ‘inkuiri terbuka’. Inkuiri terbimbing
memerlukan guru membimbing pelajar menjalankan segala proses kajian. Inkuiri
jenis ini sesuai dilaksanakan pada peringkat sekolah rendah dan menengah. Dalam
inkuiri terbuka, pelajar tidak diberi sebarang bimbingan. Segala proses kajian
dijalankan oleh pelajar sendiri. Oleh itu, ianya sesuai dilaksanakan pada
peringkat pengajian yang lebih tinggi seperti di universiti. Kesimpulannya,
model inkuiri ini amat berguna bagi mendapatkan maklumat dan pengetahuan baru
dalam pelbagai bidang khususnya bidang pendidikan.
TEORI PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Teori
Behaviorisme
Behavioris yang diperkenalkan
oleh Ivan Pavlov dan dikembangkan oleh Thorndike dan Skinner, berpendapat
bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkah laku. Teori
pembelajaran mereka kebanyakannya dihasilkan daripada ujian dan juga
pemerhatian yang dilakukan ke atas haiwan seperti anjing, tikus, kucing dan
burung di dalam makmal. Mereka menumpukan ujian kepada perhubungan antara
‘rangsangan’ dan ‘gerakbalas’ yang menghasilkan perubahan tingkahlaku. Secara
umumnya teori behavioris menyatakan bahawa pengajaran dan pembelajaran akan
mempengaruhi segala perbuatan atau tingkah laku pelajar sama ada baik atau
sebaliknya. Teori ini juga menjelaskan bahawa tingkah laku pelajar boleh diperhatikan,
dikawal dan diramal.
Teori
Kognitif
Kognitif pula berpendapat
bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran,
dan tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku. Ahli-ahli
psikologi kognitif seperti Bruner dan Piaget menumpukan kajian kepada pelbagai
jenis pembelajaran dalam proses penyelesaian masalah dan celik akal mengikut
pelbagai peringkat umur dan kebolehan pelajar. Teori-teori pembelajaran mereka
adalah bertumpu kepada cara pembelajaran seperti pemikiran celik akal, kaedah
penyelesaian masalah, penemuan dan pengkategorian. Menurut teori ini, manusia
memiliki struktur kognitif, dan semasa proses pembelajaran, otak akan menyusun
segala maklumat di dalam ingatan.
Teori
Sosial
Sosial pula menyarankan teori
pembelajaran dengan menggabungkan teori mazhab behavioris bersama dengan mazhab
kognitif. Teori ini juga dikenali sebagai Teori Perlakuan Model. Albert
Bandura, seorang tokoh mazhab sosial ini menyatakan bahawa proses pembelajaran
akan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan pendekatan
‘permodelan’. Beliau menjelaskan lagi bahawa aspek pemerhatian pelajar terhadap
apa yang disampaikan atau dilakukan oleh guru dan juga aspek peniruan oleh
pelajar akan dapat memberikan kesan yang optimum kepada kefahaman pelajar.
Teori
Humanisme
Humanis pula berpendapat
pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya. Seorang ahli
mazhab ini, Carl Rogers menyatakan bahawa setiap individu itu mempunyai cara belajar
yang berbeza dengan individu yang lain. Oleh itu, strategi dan pendekatan dalam
proses pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dan disusun mengikut
kehendak dan perkembangan emosi pelajar itu. Beliau juga menjelaskan bahawa
setiap individu mempunyai potensi dan keinginan untuk mencapai kecemerlangan
kendiri. Maka, guru hendaklah menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan
supaya potensi mereka dapat diperkembangkan ke tahap optimum.
Sunday, December 2, 2018
MAKSUD PENGURUSAN PEMBELAJARAN
MAKSUD
PENGURUSAN
· Harold Koontz (1972)
mentakrifkan pengurusan sebagai satu seni melakukan
kerja melalui dan bersama orang lain di dalam suatu kumpulan yang sengaja
diadakan.
· Mary Parker Follet (1995)
seorang pelopor pengurusan klasik mentakrifkan
pengurusan sebagai satu seni melakukan kerja melalui sumbangan orang lain.
· Robbins (1984)
Pengurusan merupakan satu proses mendapatkan
kerjasama kakitangan secara berkesan untuk mencapai matlamat.
· Perspektif Islam
pengurusan ditakrifkan sebagai satu proses
melakukan kerja dan menyempurnakan kerja melalui fungsi- fungsi pengurusan
secara fitrah melalui dan bersama orang lain dalam usaha mencapai objektif
kerja secara berkesan dan menggunakan sumber- sumber organisasi dengan cekap
dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah-ubah bagi mencapai
objektif organisasi demi mencapai al- falah di dunia dan di akhirat.
MAKSUD
PEMBELAJARAN
Pembelajaran adalah merujuk kepada perubahan
dalam tingkahlaku subjek atau tingkah laku berpotensi dalam suatu situasi
yang diwujudkan oleh pengalaman-pengalaman berulang subjek dalam situasi
tersebut
· Bower dan Hilgard (1981)
pembelajaran merupakan perubahan tingkah laku
secara kekal. Pembelajaran mesti diterjemahkan kepada tingkah laku yang
boleh diperlihatkan.
· Fryetal (2003)
Pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam
perlakuan pelajar yang dididik hasil daripada penglibatannya dalam suatu
pengalaman pendidikan.
mentakrifkan ‘pembelajaran’
melambangkan konsep atau idea bagi menerangkan perubahan tingkah laku
yang diperlihatkan oleh seseorang.
Pembelajaran merangkumi
perubahan tingkah laku yang agak kekal disebabkan oleh pengalaman
tertentu atau ulangan pengalaman.
DEFINISI
PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Proses merancang pengajaran
dan pembelajaran agar mencapai matlamat, menentukan atau memberi garis panduan
perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh guru, menentukan mata pelajaran yang
diajar guru mengikut kepakaran, memimpin dan memberi inspirasi kepada guru dan
mengawal aktiviti serta memantau pelaksanaan agar ianya berjalan sebagaimana yang
dirancang (Nurlia Mohamad, 2012)
Saturday, December 1, 2018
SELAMAT DATANG
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Selamat Datang ke blog saya.
blog ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi pembelajaran
untuk memenuhi pembelajaran bagi matapelajaran
Pengurusan Pembelajaran ( KPS3014 ).
untuk maklumat lebih lanjut mengenai sub topik yang kami pilih,
boleh layari
http://kumpulan3kps.blogspot.com/
untuk maklumat lebih lanjut mengenai sub topik yang kami pilih,
boleh layari
http://kumpulan3kps.blogspot.com/
Subscribe to:
Posts (Atom)
KAJIAN ORGANISASI DAN KEPIMPINAN
Kajian ini telah dibuat oleh kumpulan saya mengenai salah satu tajuk dari subjek Pengurusan Pembelajaran ini iaitu Organisasi dan Kepimpinan...